Soklan Interview…

“Dalam dunia serba online sekarang ini dan juga dengan kekangan kewangan university, pada pendapat saudara/saudari perlukan kita mempunyai Perpustakaan yang besar…”

Dalam banyak-banyak interview yang pernah saya hadiri, ni lah satu-satunya soklan interview yang bertaraf paling maut saya pernah kena tanya. Bukan sebab susahnya soklan nih, tapi sebab effectnya yang dapat membezakan antara X dan Y..tak apa lah cerita yang dah lepas..but kat sini saya nak bagi sikit buah fikiran la kat adik-adik macamana nak menjawap soaklan bersifat maut ini…jika jadi trend pulak nanti panel tanya soklan yang sama.

Kenapa kita perlukan bangunan perpustakaan yang besar, yang gah yang modern, singkatnya kenapa kita perlukan bangunan perpustakaan yang menunjukan kita besar. Satu sebab utama ialah kerana perpustakaan ialah sebuah institution dalam university yang melambangkan ilmu. Nilai symbolic perpustakaan ini melebihi nilai pejabat fakulti dan tentu sekali lebih besar dari pejabat Pendaftar dan Bendahari  Pernahkanh saudara saudari melihat pelawat universiti dibawa melawat  pejabat pendaftar atau pejabat bendahari…hampir tidak pernah saya rasa. Pelawat universiti biasanya dibawa melawat ke Perpustakaan, kenapa? kerana perpustakaan melambangkan kecintaan universiti kepada ilmu. Jika kurang perhatian diberikan kepada perpustakaan maka konotasinya ialah kuranglah kecintaan university kepada ilmu. Boleh gitu?

Sudah menjadi trend universiti-universiti ternama di dunia memugar dan memperindah perpustakaan mereka, mereka berlumba-lumba untuk menaiktaraf perpustakaan mereka, kerana pada mereka perpustakaan ialah bukti kesungguhan pelaburan universiti kepada ilmu (knowledge Investment). Lihatlah university antara yang tertua di UK, Aberdeen University yang membina perpustakaan yang sangat cantik dan berstyle..

2013-06-01-20-12-27Kalau tak selera tengok gambar kami depan library University Aberdeen ni boleh tengok library akademic yang lain seperti yang di pautkan dibawah ini…

Atau lihat contoh-contoh dibawah ini…

https://www.reading.ac.uk/library/about-us/lib-news-refurbishment.aspx

http://www.birmingham.ac.uk/university/building/library/index.aspx

The 50 Most Amazing College Libraries

Tengok library-library cantik ini hati pun bergetar….

Sedangkan adalah menjadi trend universiti-universiti kecil dan kurang ternama untuk mengecilkan perpustakaan mereka. Malah ada kabarnya perpustakaan universiti swasta yang hanya wujud semasa audit, selepas audit tiada perpustakaan disediakan untuk pelajar.

Besarnya impak perpustakaan sebagai symbol ilmu di universiti ini bukan hanya mempengaruhu golongan umum. Tuan dan puan yang bergelar kanan, kiri, dr dan Prof juga sebenarnya mempunyai perasaan begitu, contohnya sekiranya anak dara tuan puan yang sudah masuk universiti di telefon di tengah malam..”Wahhh dah malam ni kakak tak tidur lagi ke? kakak buat apa? kat mana?”…Jawapan 1. Dekat perpustakaan la ibu tengah ada discussion, jawapan 2. dekat cafe la ibu tengah ada discussion, jawapan 3 dekat pusat sukan la ibu ada discussion…mana satukah jawapan yang dapat melegakan hati anda sebagai ibu bapa bahawa anak dara anda sememangnya sedang berdiskusi dalam terang…….

Next, kenapa kita perlu koleksi yang besar. Apalah gunanya perpustakaan kalau koleksinya tak ada? Koleksi besar tentu berkait rapat dengan budget yang besar dan sustain. Apa faedahnya sekiranya tahun lepas bagi 9 juta, tahun ni 3 juta, tahun depan belum tentu… ingat perpustakaan ni macam kedai jual ayam ke, bila tak cukup modal kita ambik stok ayam sikit…bila banyak kita belila stok ayam banyak. Academic libraries especially sangat bergantung kepada journals. Budget yang tak tetap tentunya menyusahkan urusan langganan journals.  Walaupun kita counter back kata kita beli e-book gantikan subscription journals, ini tidak dapat melambangkan yang universiti ini ialah sebuah university research kerana ia tidak menyokong aktiviti penyelidikan. Universiti penyelidikan terasnya ialah penyelidikan dan penerbitan dan semua ini memerlukan access kepada perkembangan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Agak-agak nak dapat kat mana perkembangan terkini tuh…dalam buku teks? walaupun dia online, tetap fungsinya lebih sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran..

VC universiti ini kata antara cara untuk mendapat pendapatan ialah dengan menarik pelajar dan pensyarah terbaik untuk belajar si universiti ni.. Jika universiti saingan kita yang cuma beberapa kilo meter dari universiti ini boleh menyediakan access lengkap ke pangkalan data, ingat best student and lecture nak pilih yang mana?. Penyelidik kalau dia nak bangun malam buat kerja, dia kalau boleh nak akess masa tu jugak, so kerja-kerja lainya tidak tergganggu. Kalu susah sangat dia mintak la dari kawan-kawan dia yang belajar di universiti jiran. Kalau kawan-kawan dia tanya agak-agak dia nak recommend ke universiti ni berbanding universiti jiran..apatahlagi jika bidang yang dia study tu rankingnya di universiti ini hanyalah suam-suam kuku berbanding dengan universiti lain.

Dah la universiti jiran tu sangatlah innovatif dari segi pentadbiran dan pengurusan akademik. Mereka agak bold dalam menjalankan amalan-amalan terbaru. Ranking universiti penyelidikan mereka lebih tinggi dari universiti ni, nilai yang diberikan kepada perpustakaan sangatlah tinggi (jika dilihat dari kedudukan ketua pustakwannya)..tentulah universiti sebelah ini yang akan menjadi pilihan. Ada kajian yang mengaitkan library dengan student and academic retain, mungkin pengurusan universiti ini sahaja yang tak aware.

Masalahnya sekarang ialah budget library dipotong dilihat sebagai masalah library, bukan masalah fakulti, bukan masalah bendahari hatta bukan masalah pusat penyelidikan sekali pun. Pandai-pandai la korang menjana pendapatan sendiri ia kerana ia bukan masalah universiti bersama . Bila pensyarah tau berapa harga langganan pangkalan data seperti Web of Science barulah mereka terfikir, celah mana la library nak jana duit banyak tu. Bahagian-bahagian lain tak terfikir ke kalau kekurangan di library menjauhkan pelajat terbaik dan pensyarah terbaik dari universiti, effectnya ialah universiti akan lebih ketinggalan dalam penyelidikan dan penerbitan, terkeluar dari saingan universiti penyelidikan, masa tu biar la kita pilih je lah unit mana kita nak tutup dulu…

Cukup la setakat ini saya membebel. Sebenarnya kata-kata dalam tulisannya ini ada yang disokong oleh citation. tapi apa barang pulak blog post nak pakai citation bagai. Sooo adik-adik kalau kena tanya soklan macam ni kat dalam interview, jawab la sebaiknya,  jawapan saya ini bukanlah jawapan yang terbaik, buktinya saya gagal dalam interview tersebut, tapi sekadar memberi idea, supaya korang tak merepek meraban kemana-mana….  Gunakanlah perkataaan yang bersifat jargon dan sedikit berfalsafah kerana saya lihat calon yang berbicara seperti itu berjaya dalam interview. Sekian.

Dah tua…

 

Minggu ni birthday kawan saya, minggu depan birthday buah hati saya En Suami…aduh dah tua yeark mereka…hahahaha perasaan diri ini muda.Ini ialah empat tanda jelas yang kita  ni dah tua…

Satu ialah bila kita dapat kad jemputan kenduri kawin….kita tengok nama mak ayah yang menjemput bukan nama pengantinnya…hahahahhahahha…

Dua, kalau pakai spek banyak spek duduk di dada dan di kepala dari di atas batang hidung, sebab spek dah tak membantu untuk rabun dekat.

Tiga, bila student sapa kita dengan panggilan kakak kita dah kembang mayung…dari kena panggil acikkkk…

Lagi satu kita rasa tua bila tempat-tempat yang kita berminat nak pergi anak-anak tak minat langsung.

Best Friend

Siapakah best friend anda? Saya nak tunjuk charm best friend saya nihh ada orang bagi.. best friend la gamaknya…last year..sejak balik Malaysia saya dah tak gila-gila nak beli charm…apa taknya, saya masuk outlet Pandora di Alamanda, tak ada sorang pun salegirl layan saya, jangankan nak layan pandang pun tidak…herrrmmm anda kehilangan customer..sayang…

img_4937

Siapa sebenarnya best friend kita, adalah dia tempat kita mengadu nasib, atau pun kita menadah telinga mendengar masalah dia. Biasanya best friend adalah kedua-duanya.

Alhamdulilah…things that made me happy..

Alhamdulilah..dalam hidup ini semua benda selalu berselang seli..tak le semuanya tak happy..dalam pada tu banyak je benda yang boleh buat saya happy…img_8011-copyMacam ni…anak-anak Bangle…comelkan?..masyaAllah..tak kanlah muka comel macam ni tak boleh buat kita happy…unless you are a Ailurophobia… alahai..sejam mengadap muka comel ni pun tak ada masalah.img_8062Ni pun boleh buat happy…Jiha dok simpan kucing dalam kantung macam kangaroo. Comel je tengok..dia guna kan snow hat dia buat pouch…tapi dia punya result test..tidak buat ibu happyy…camon la Jiha…you can do better…img_8073-copyJumpa adik junior Aberdeen lagi la buat saya happy… Jumpa Mas..yang kami kenal dari zaman dia anak dara…sampai dah ada anak dah Mas…..

Kan….banyak benda dalam hidup yang boleh buat anda happy, stop focusing on those sad and angry thoughts.. focus on the happy ones…InsyaAllah many happy things will come your way..

Awkward

Hari ini mari saya ajarkan satu perkataan iaitu perkataan awkward. Ni bukan perkataan yang anak-anak saya tanyakan pada saya sebab anak-anak saya lebih terror english dari saya. Ni satu perkataan yang saya belajar sehari dua ini..pelajaran yang sangat berkesan sampai ke hati…
awk·ward (ambik dari internet je makna dia..)
ˈôkwərd/
adjective
  1. 1.
    causing difficulty; hard to do or deal with.
    “one of the most awkward jobs is painting a ceiling”
    synonyms: difficult, tricky; More

  2. 2.
    causing or feeling embarrassment or inconvenience.
    “he had put her in a very awkward situation”

Saya bagi contoh la bila situasi awkward ni kita akan rasa..

Situasi satu

Bila kita berborak kosong dengan kawan kita tapi kita tahu dia sekarang big bos kita dan menilai kita untuk penilaian kerja…apa kita rasa….awkward…

Situasi dua

Bila junior kita yang dulu subordinate kita, panggil kita Boss, walhal pangkat dia sekarang lagi besar dari kita..apa kita rasa….awkward….

Situasi tiga

Bila kita berselfi dengan pegawai-pegawai yang sama gred dengan kita, tapi kita dah terlalu tua untuk berselfi macam tu…apa kita rasa…. awkward….

Cukup la tiga contoh bebas ini, ia tidak ada kaitan dengan insan lain selain saya…..jumpa lagi dilain pelajaran…..dengan ucapan…. Muhasabah diri itu sangat penting!!!!

 

Sebab rindu Scotland…

Last year waktu-waktu macam nih kami pergi cuti ke Edinburgh. MasyaAllah cantik nya permandangan daun hijau kuning merah (Kedah Selangor) di tepi jalan. Bukannya nak puji sangat negara orang, tapi hakikatnya Scotland memang sangat cantik masa Autumn. Oleh sebab rindukan scenary di Scotland..minggu lepas kami dah terlajak ke Fraser Hill…hahaha terlajak la sangat…

Dari makan kenduri hari Sabtu hari tu di Bukit Beruntung, kami lajak sikit je ke Fraser Hill..baju memang dah sedia standby dalam kereta, kot-kot la ada tempat nak lelap mata…Last saya memanjat Bukit Fraser ialah pada tahun 1990. Rombongan sekolah, en Suami dan anak-anak memang tak pernah…

Jalan berliku-liku dari Kuala Kubu Bahru ke persimpangan Fraser Hill, alhamdulilah Ali dah tak muntah, kalau tak dia la paling lembik muntah. Sampai ke atas, masyaAllah ramainya manusia, dah la pekan Bukit Fraser tu cinonet je, sepusing situ je. Kami pun tak tau mana nak pergi, mula la tanya sana sini, kot-kot la ada kosong ..Alhamdulilah dapat la satu bilik di Shahzan Inn…

img_7858-copy

Pemandangan golf dari bilik kami di Shahzan Inn.

Bilik wise..errmmm..perabut agak tua, banyak yang pecah. Air panas ada masa mula-mula je lepas tu mandi sambil jerit-jerit la kesejukan..breakfast wise jauh bawah Grand Putri KT, sikit atas dari Seri Malaysia Taiping..hahahaha..harga sama dengan Grand Putri KT..cemana tuh?

img_7845-copy

Serius..pekan Bukit Fraser ni cuma seputar jam ni sahaja..tapi saya muskil..bukit ni namanya diambil sempena pakcik Fraser ni Scottish yang sesat dalam hutan dan tak jumpa-jumpa pada tahun 1880an. Macamana kat jam ni boleh kata bukit ni Pakcik Fraser yang punya?

img_7842-copy

Soalan Jiha pulak, macamana Selangor dan Pahang boleh tentukan yang site sini hak Selangor dan sebelah sana hak Pahang..perang?..sambil borak-borak makan lepat?..ukur bagi sama rata? cemana ibu nak jawap?..makcik nih kalau ditanya pasal perang Scotland dengan England dia hafal..

img_7862-copy

Pejabat pos yang agak unik, bangunan lain rupanya macam banyak bangunan di England ada line-line hitam tu…img_7851-copy

Kebetulan dah dua hari Bukit Fraser dilanda kabus tebal, kata abang-abang peniaga di situ…waktu malam sangat sunyi..jam besar ni pun boleh lengang, sebab banyak orang tidak bermalam di bukit, atau pun ramai yang sudah berehat di banglo-banglo percutian yang terpencar-pencar.img_7866

Sebelah siang agak berebut dan susah untuk ambik gambar di menara jam nih..kena ambik di sebelah yang tak ada tulisan..

img_7867kira-kira 25 tahun dulu saya datang hanya ada satu jalan sahaja untuk turun dan naik ke Bukit Fraser ni, jadi ada pos kawalan dan waktu turun dan naik. Tapi sekarang ada Jalan naik dan turun yang berbeza.

Kami tak buat apa sangat, keluar ronda-ronda sambil bayangkan kami berada di Breamar di kawasan Highland Scotland. Nak pergi naik kuda dan archery pun orang ramai, mungkin next visit la kita try yea anak-anak….

 

Bangle…

img_77041Sebelum dia beranak..banyak betul dia makan..nak cari tenaga kot…

Nak cerita pasal Bangle yang dah beranak 3 ekor dan dekat 2 minggu dah si Bangle jadi mak. Cerita dia nak bersalin sungguh la haru. Petang dia nak beranak tu dia sibuk masuk bawah katil, dengar dia siat-siat surat kabar, kami dok letak dia dalam kotak yang dah disiapkan, tapi mana maunya dia yong…bawah katil juga dia nak duduk. Labour pain Bangle membawa ke malam, dia dok sua kepala dia suruh kita usap-usap dia sambil berbunyi macam sakit. Kita orang pun dah tau dia nak beranak, dok bagi la encouragement kat dia, “tak pe gal..tahan naaaa”. Malam tu dia tidur kat celah en Ayah, tau-tau je, selimut kami basah..ehhhh ketuban Bangle pecah…dia terus je masuk bawah katil..

Lama juga dia tak keluar-keluar, kami pun cemas juga la…selamat ke tidak Bangle ni bersalin, nak tengok dia sembunyi balik kotak. Lagi pun kucing pun tau malu nak bersalin. Dalam setengah jam tu dia keluar dengan muka panik bunyi “meiow..meiow” tengok kat punggung dia dah berdarah…agaknya dia panik baby dah keluar tapi tak tau nak buat apa, maklumlah beranak sulong. En Ayah suluh..ada seekor anak dia dah lahir..kami dok suruh dia masuk balik, sebab rasanya anak dia ada lebih dari satu tuhhh…dalam 2 jam lepas tu baru dia keluar semula, ada tiga ekor semua anak dia..

Seminggu lepas tu seekor anak Bangle mati. Masa anak dia mati tu Bangle dok turun naik katil nampak  resah,  nak beritahu there something wrong with one of her baby (ni cerita Sarah laa, ibu tak ada kat rumah, ibu keja).  Petang tu ibu balik kerja Sarah panggil, dia suruh tengok anak Bangle yang warna hitam..kenapa yang tu tak gerak-gerak. Ibu ofkos la takut nak tengok, suruh en Ayah yang tengok…laaa…dah keras dah si comel tu..inalilah dah…Jiha la yang paling sedih, sebab tu anak kucing dia..dia dah bagi nama Nokia…Lama juga Bangle tak mau masuk bawah katil untuk susukan anak-anak dia yang tinggal, agaknya dia pun sedih …Sekarang tinggal 2 ekor, masih lagi bawah katil. Kami pindahkan, dia angkut juga bawah katil tu…hai la Bangle