Bangle…

img_77041Sebelum dia beranak..banyak betul dia makan..nak cari tenaga kot…

Nak cerita pasal Bangle yang dah beranak 3 ekor dan dekat 2 minggu dah si Bangle jadi mak. Cerita dia nak bersalin sungguh la haru. Petang dia nak beranak tu dia sibuk masuk bawah katil, dengar dia siat-siat surat kabar, kami dok letak dia dalam kotak yang dah disiapkan, tapi mana maunya dia yong…bawah katil juga dia nak duduk. Labour pain Bangle membawa ke malam, dia dok sua kepala dia suruh kita usap-usap dia sambil berbunyi macam sakit. Kita orang pun dah tau dia nak beranak, dok bagi la encouragement kat dia, “tak pe gal..tahan naaaa”. Malam tu dia tidur kat celah en Ayah, tau-tau je, selimut kami basah..ehhhh ketuban Bangle pecah…dia terus je masuk bawah katil..

Lama juga dia tak keluar-keluar, kami pun cemas juga la…selamat ke tidak Bangle ni bersalin, nak tengok dia sembunyi balik kotak. Lagi pun kucing pun tau malu nak bersalin. Dalam setengah jam tu dia keluar dengan muka panik bunyi “meiow..meiow” tengok kat punggung dia dah berdarah…agaknya dia panik baby dah keluar tapi tak tau nak buat apa, maklumlah beranak sulong. En Ayah suluh..ada seekor anak dia dah lahir..kami dok suruh dia masuk balik, sebab rasanya anak dia ada lebih dari satu tuhhh…dalam 2 jam lepas tu baru dia keluar semula, ada tiga ekor semua anak dia..

Seminggu lepas tu seekor anak Bangle mati. Masa anak dia mati tu Bangle dok turun naik katil nampak  resah,  nak beritahu there something wrong with one of her baby (ni cerita Sarah laa, ibu tak ada kat rumah, ibu keja).  Petang tu ibu balik kerja Sarah panggil, dia suruh tengok anak Bangle yang warna hitam..kenapa yang tu tak gerak-gerak. Ibu ofkos la takut nak tengok, suruh en Ayah yang tengok…laaa…dah keras dah si comel tu..inalilah dah…Jiha la yang paling sedih, sebab tu anak kucing dia..dia dah bagi nama Nokia…Lama juga Bangle tak mau masuk bawah katil untuk susukan anak-anak dia yang tinggal, agaknya dia pun sedih …Sekarang tinggal 2 ekor, masih lagi bawah katil. Kami pindahkan, dia angkut juga bawah katil tu…hai la Bangle

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s