Sebab rindu Scotland…

Last year waktu-waktu macam nih kami pergi cuti ke Edinburgh. MasyaAllah cantik nya permandangan daun hijau kuning merah (Kedah Selangor) di tepi jalan. Bukannya nak puji sangat negara orang, tapi hakikatnya Scotland memang sangat cantik masa Autumn. Oleh sebab rindukan scenary di Scotland..minggu lepas kami dah terlajak ke Fraser Hill…hahaha terlajak la sangat…

Dari makan kenduri hari Sabtu hari tu di Bukit Beruntung, kami lajak sikit je ke Fraser Hill..baju memang dah sedia standby dalam kereta, kot-kot la ada tempat nak lelap mata…Last saya memanjat Bukit Fraser ialah pada tahun 1990. Rombongan sekolah, en Suami dan anak-anak memang tak pernah…

Jalan berliku-liku dari Kuala Kubu Bahru ke persimpangan Fraser Hill, alhamdulilah Ali dah tak muntah, kalau tak dia la paling lembik muntah. Sampai ke atas, masyaAllah ramainya manusia, dah la pekan Bukit Fraser tu cinonet je, sepusing situ je. Kami pun tak tau mana nak pergi, mula la tanya sana sini, kot-kot la ada kosong ..Alhamdulilah dapat la satu bilik di Shahzan Inn…

img_7858-copy

Pemandangan golf dari bilik kami di Shahzan Inn.

Bilik wise..errmmm..perabut agak tua, banyak yang pecah. Air panas ada masa mula-mula je lepas tu mandi sambil jerit-jerit la kesejukan..breakfast wise jauh bawah Grand Putri KT, sikit atas dari Seri Malaysia Taiping..hahahaha..harga sama dengan Grand Putri KT..cemana tuh?

img_7845-copy

Serius..pekan Bukit Fraser ni cuma seputar jam ni sahaja..tapi saya muskil..bukit ni namanya diambil sempena pakcik Fraser ni Scottish yang sesat dalam hutan dan tak jumpa-jumpa pada tahun 1880an. Macamana kat jam ni boleh kata bukit ni Pakcik Fraser yang punya?

img_7842-copy

Soalan Jiha pulak, macamana Selangor dan Pahang boleh tentukan yang site sini hak Selangor dan sebelah sana hak Pahang..perang?..sambil borak-borak makan lepat?..ukur bagi sama rata? cemana ibu nak jawap?..makcik nih kalau ditanya pasal perang Scotland dengan England dia hafal..

img_7862-copy

Pejabat pos yang agak unik, bangunan lain rupanya macam banyak bangunan di England ada line-line hitam tu…img_7851-copy

Kebetulan dah dua hari Bukit Fraser dilanda kabus tebal, kata abang-abang peniaga di situ…waktu malam sangat sunyi..jam besar ni pun boleh lengang, sebab banyak orang tidak bermalam di bukit, atau pun ramai yang sudah berehat di banglo-banglo percutian yang terpencar-pencar.img_7866

Sebelah siang agak berebut dan susah untuk ambik gambar di menara jam nih..kena ambik di sebelah yang tak ada tulisan..

img_7867kira-kira 25 tahun dulu saya datang hanya ada satu jalan sahaja untuk turun dan naik ke Bukit Fraser ni, jadi ada pos kawalan dan waktu turun dan naik. Tapi sekarang ada Jalan naik dan turun yang berbeza.

Kami tak buat apa sangat, keluar ronda-ronda sambil bayangkan kami berada di Breamar di kawasan Highland Scotland. Nak pergi naik kuda dan archery pun orang ramai, mungkin next visit la kita try yea anak-anak….

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s