Soklan Interview…

“Dalam dunia serba online sekarang ini dan juga dengan kekangan kewangan university, pada pendapat saudara/saudari perlukan kita mempunyai Perpustakaan yang besar…”

Dalam banyak-banyak interview yang pernah saya hadiri, ni lah satu-satunya soklan interview yang bertaraf paling maut saya pernah kena tanya. Bukan sebab susahnya soklan nih, tapi sebab effectnya yang dapat membezakan antara X dan Y..tak apa lah cerita yang dah lepas..but kat sini saya nak bagi sikit buah fikiran la kat adik-adik macamana nak menjawap soaklan bersifat maut ini…jika jadi trend pulak nanti panel tanya soklan yang sama.

Kenapa kita perlukan bangunan perpustakaan yang besar, yang gah yang modern, singkatnya kenapa kita perlukan bangunan perpustakaan yang menunjukan kita besar. Satu sebab utama ialah kerana perpustakaan ialah sebuah institution dalam university yang melambangkan ilmu. Nilai symbolic perpustakaan ini melebihi nilai pejabat fakulti dan tentu sekali lebih besar dari pejabat Pendaftar dan Bendahari  Pernahkanh saudara saudari melihat pelawat universiti dibawa melawat  pejabat pendaftar atau pejabat bendahari…hampir tidak pernah saya rasa. Pelawat universiti biasanya dibawa melawat ke Perpustakaan, kenapa? kerana perpustakaan melambangkan kecintaan universiti kepada ilmu. Jika kurang perhatian diberikan kepada perpustakaan maka konotasinya ialah kuranglah kecintaan university kepada ilmu. Boleh gitu?

Sudah menjadi trend universiti-universiti ternama di dunia memugar dan memperindah perpustakaan mereka, mereka berlumba-lumba untuk menaiktaraf perpustakaan mereka, kerana pada mereka perpustakaan ialah bukti kesungguhan pelaburan universiti kepada ilmu (knowledge Investment). Lihatlah university antara yang tertua di UK, Aberdeen University yang membina perpustakaan yang sangat cantik dan berstyle..

2013-06-01-20-12-27Kalau tak selera tengok gambar kami depan library University Aberdeen ni boleh tengok library akademic yang lain seperti yang di pautkan dibawah ini…

Atau lihat contoh-contoh dibawah ini…

https://www.reading.ac.uk/library/about-us/lib-news-refurbishment.aspx

http://www.birmingham.ac.uk/university/building/library/index.aspx

The 50 Most Amazing College Libraries

Tengok library-library cantik ini hati pun bergetar….

Sedangkan adalah menjadi trend universiti-universiti kecil dan kurang ternama untuk mengecilkan perpustakaan mereka. Malah ada kabarnya perpustakaan universiti swasta yang hanya wujud semasa audit, selepas audit tiada perpustakaan disediakan untuk pelajar.

Besarnya impak perpustakaan sebagai symbol ilmu di universiti ini bukan hanya mempengaruhu golongan umum. Tuan dan puan yang bergelar kanan, kiri, dr dan Prof juga sebenarnya mempunyai perasaan begitu, contohnya sekiranya anak dara tuan puan yang sudah masuk universiti di telefon di tengah malam..”Wahhh dah malam ni kakak tak tidur lagi ke? kakak buat apa? kat mana?”…Jawapan 1. Dekat perpustakaan la ibu tengah ada discussion, jawapan 2. dekat cafe la ibu tengah ada discussion, jawapan 3 dekat pusat sukan la ibu ada discussion…mana satukah jawapan yang dapat melegakan hati anda sebagai ibu bapa bahawa anak dara anda sememangnya sedang berdiskusi dalam terang…….

Next, kenapa kita perlu koleksi yang besar. Apalah gunanya perpustakaan kalau koleksinya tak ada? Koleksi besar tentu berkait rapat dengan budget yang besar dan sustain. Apa faedahnya sekiranya tahun lepas bagi 9 juta, tahun ni 3 juta, tahun depan belum tentu… ingat perpustakaan ni macam kedai jual ayam ke, bila tak cukup modal kita ambik stok ayam sikit…bila banyak kita belila stok ayam banyak. Academic libraries especially sangat bergantung kepada journals. Budget yang tak tetap tentunya menyusahkan urusan langganan journals.  Walaupun kita counter back kata kita beli e-book gantikan subscription journals, ini tidak dapat melambangkan yang universiti ini ialah sebuah university research kerana ia tidak menyokong aktiviti penyelidikan. Universiti penyelidikan terasnya ialah penyelidikan dan penerbitan dan semua ini memerlukan access kepada perkembangan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Agak-agak nak dapat kat mana perkembangan terkini tuh…dalam buku teks? walaupun dia online, tetap fungsinya lebih sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran..

VC universiti ini kata antara cara untuk mendapat pendapatan ialah dengan menarik pelajar dan pensyarah terbaik untuk belajar si universiti ni.. Jika universiti saingan kita yang cuma beberapa kilo meter dari universiti ini boleh menyediakan access lengkap ke pangkalan data, ingat best student and lecture nak pilih yang mana?. Penyelidik kalau dia nak bangun malam buat kerja, dia kalau boleh nak akess masa tu jugak, so kerja-kerja lainya tidak tergganggu. Kalu susah sangat dia mintak la dari kawan-kawan dia yang belajar di universiti jiran. Kalau kawan-kawan dia tanya agak-agak dia nak recommend ke universiti ni berbanding universiti jiran..apatahlagi jika bidang yang dia study tu rankingnya di universiti ini hanyalah suam-suam kuku berbanding dengan universiti lain.

Dah la universiti jiran tu sangatlah innovatif dari segi pentadbiran dan pengurusan akademik. Mereka agak bold dalam menjalankan amalan-amalan terbaru. Ranking universiti penyelidikan mereka lebih tinggi dari universiti ni, nilai yang diberikan kepada perpustakaan sangatlah tinggi (jika dilihat dari kedudukan ketua pustakwannya)..tentulah universiti sebelah ini yang akan menjadi pilihan. Ada kajian yang mengaitkan library dengan student and academic retain, mungkin pengurusan universiti ini sahaja yang tak aware.

Masalahnya sekarang ialah budget library dipotong dilihat sebagai masalah library, bukan masalah fakulti, bukan masalah bendahari hatta bukan masalah pusat penyelidikan sekali pun. Pandai-pandai la korang menjana pendapatan sendiri ia kerana ia bukan masalah universiti bersama . Bila pensyarah tau berapa harga langganan pangkalan data seperti Web of Science barulah mereka terfikir, celah mana la library nak jana duit banyak tu. Bahagian-bahagian lain tak terfikir ke kalau kekurangan di library menjauhkan pelajat terbaik dan pensyarah terbaik dari universiti, effectnya ialah universiti akan lebih ketinggalan dalam penyelidikan dan penerbitan, terkeluar dari saingan universiti penyelidikan, masa tu biar la kita pilih je lah unit mana kita nak tutup dulu…

Cukup la setakat ini saya membebel. Sebenarnya kata-kata dalam tulisannya ini ada yang disokong oleh citation. tapi apa barang pulak blog post nak pakai citation bagai. Sooo adik-adik kalau kena tanya soklan macam ni kat dalam interview, jawab la sebaiknya,  jawapan saya ini bukanlah jawapan yang terbaik, buktinya saya gagal dalam interview tersebut, tapi sekadar memberi idea, supaya korang tak merepek meraban kemana-mana….  Gunakanlah perkataaan yang bersifat jargon dan sedikit berfalsafah kerana saya lihat calon yang berbicara seperti itu berjaya dalam interview. Sekian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s