Penutup tahun 2016

Allah..Allah Ya Allah 2016 sudah hampir dipenghujung. Sebenarnya tiada bezanya kita pada 31 Dis 2016 dengan pada 1 Januari 2017 kecuali kita sendiri berubah atau berniat untuk berubah…..Ada banyak nak cerita nih…

Big Bad Wolf

Siapa yang pernah pergi carboot di UK pasti terkenang saat indahnya beli buku…buku kanak-kanak yang masih bagus 50p..buku Harry Potter 1 pound..buku selalunya diaorang lelong 5 2 pound bila dah dekat nak balik. Dan menjadi kerja saya mengutip buku-buku tersebut. So bila balik ke Malaysia, bila kami kena berpada-pada beli buku…saya jadi rindu nak pergi BBW…

Kami pergi pun masa dah nak berakhir. Tapi sambutan manusia sangat la padatnya. Saya tak la nak buat analisa bangsa mana yang banyak kat situ tidak juga ia menandakan bangsa tersebut banyak membaca dan berjaya. To generalise, 1 Malaysia la BBW tuh. Anak-anak saya semua macam kamben lepas kandang. Ali dah pegang buku-buku Lego Ninjago. Jiha dah start indulge in buku-buku fiction English. Kakak dah rambang mata buku-buku novel Bahasa Melayu.

Akhirnya saya kena juga membatasi gelora nafsu mereka. Yea lah budget terhad. Tapi saya katakan pada anak-anak saya saya boleh bayar RM200 untuk buku dengan happy tapi tidak on things like clothing items, gadjet and such. Nak dijadikan kisah, lepas kami balik dari BBW tu internet di rumah kami terganggu. Kami report la pada TM, tapi dalam pada tu saya perhatikan Jiha dah habiskan 4 dari 8 buku yang dia beli, kakak dah baca 3 dari 5 novel yang dia beli dan Ali dah habiskan semua buku yang dia beli. So saya tak ada lah nak kejar sangat orang TM tu.

Menarik setiap buku yang diaorang ni beli, mostly bukan yang mainstream. Misalnya novel-novel Melayu yang Sarah beli bukanlah dari siri..Suami ku… mahupun yang berkisar sekitar Suri rumah dan drebar kapalterbang. Buku yang Jiha beli pulak membuka mata dia tentang masyarakat dunia, contohnya sebuah novel dari penulis wanita Saudi yang menceritakan reality masyarakat Saudi. Heran Jiha..pada pandangan naivenya dia orang Arab semua baik, sebab mereka paham Alquran, tak buat crime dan bukan rasis. Through that book she learnt that people are just the same. Even though you speak the language of the Quran, if you have an evil heart you are just plain evil as the rest of the world. Errrmmm Ali…comics Ninjago..what do you expect?

img_8622Lebih kurang lima hari jugak kami tak ada internet. Sekali tu satu hari, hujan lebat guruh bertentum dentam…tetiba je internat tu ada semula….aduila…saya gembira pun tidak sedih pun tidak.

Sambutan Maulid peringkat Uni

Lama saya tak sambut Maulid. Maklumlah di UK jarang ada sambutan Maulid, sesetengah jemaah menggangap sambutan tersebut sebagai Bidaah. ermmm saya ada opinion tersendiri dalam hal ini.Masa hari kejadian saya menyertainya sebagai AJK jamuan. Tak dela kena masak macam penanggah bagai. Cuma kena pastikan makan di distributed dengan teratur dan efisien. Namun untuk menggamatkan susana kami AJK jamuan juga memakai baju sepadan dengan kontigen perarakan Jabatan, jubah hitam tudung pink.

Acara berjalan lancar, menarik juga pengisiannya saya lihat. Hati saya kembang semasa membaca selawat. Rasa sebak dan teruja..itu baru baca selawat..entah macamana agaknya kalau dapat jumpa betu-betul dengan Nabi Muhammad..agaknya pingsan bangun pingsan balik saya agaknya…Allah…dapatlah saya jumpa Nabi nanti dalam syurga ya Allah…mau meletup kot dada nih…

Adalah sedikit gambar sekitar saya dan makanan hari tu..almaklumlah AJK makanan kannnn..

img_8717Kami yang mengambil tema..sama pulak dengan tema meja…hihihiimg_8752Kembaq lain tahun…

img_8777With one of the Boss..cuba teka yang mana satu…..

Musim perpindahan permain.

Tingkap perpindahan permain bagi liga tahun ini talah ditutup tapi kat ofis kami bila-bila masa je tingkap nih boleh dibuka..asal ada kenaikan pangkat je adalah perpindahan. Kali ini Unit kami ditinggalkan oleh tiang gol..ehhh tiang kekuatan kami. CC saya yang telah berkhidmat selama 8 tahun di Unit kami. meninggalkan kami semua yang rata-rata berpengalaman bawah setahun di unit tersebut. Namun apa da hal..

Untuk farewell kami makan-makan di The Port Bangi. Ambiance wise…bolehla..food wise could be better. Sos sikit, frise shop bought, sayur and salad sikit. Lain-lain seperti service ok, price wise boleh la..so out of 10 bintang hakak bagi 7.5 bintang..Suka suki je hakak nak review..

So untuk CC harap bersedia la di oncall kan oleh kami..

img_8788

Kami meluangkan masa melawat Kuala Langat.

Banyak benda menarik kami temui. First stop di Jugra, melawat Muzium Insitu Jugra, Bukit Jugra tempat orang buat paragliding (heheh contohnya dalam iklan Air asia travel insurance). The view adalah MasyaAllah fantastico..

Kemudian kami makan di Aroma Ikan Bakar di Jeram..wahhh nak review jugak ke?..entah akak rasa makan kat Ana ikan bakar petai kat Bangi lagi ok kot. Ikan tak banyak pilihan dan tak fresh. Price wise ok tapi services sangat la slow. To be fair mungkin akak kena mention hari tu banyak reservation kot. So yang walk in macam kami ni memang agak terlantar la sikit.. Jiha kata..”it is really not our style to researve kan Ibu..” kureng hasam betul..kau perlikan mak kau yea budak….

Trip ini juga meliputi Pulau Carey dan Bukit Melawati, bukan apa..akak sebanarnya nak rasa dan nak pergi kat tempat-tempat nih…kalau kau UK kita boleh beria-ria nak tengok tempat-tempat tarikan pelancung lepas tu selfie dan upload di FB..kenapa tidak di tempat sendiri.. Kami juga singgah di Kampung Kuantan, tapi tak tengok kelip-kelip..dan juga ke Icity, sebagi ganti tengok kelip-kelip…boleh gitu..hahahah…

Ni satu yang menarik, batu grinite yang digunakan untuk membangunkan rumah pasung di Jugra..tetiba teringat Aberdeen.

img_8818

Last story.

Saya buat brownies kedut.. sedap gila…kalau saya jual ada tak orang nak beli?

img_8865Sekian..InshaAllah jumpa lagi tahun depan…

Balik Kampung..hohoho balik kampung

Alhamdulilah luka Ali dah kering…apa lagi marilah kita balik kampunggggg. Aktiviti sempena cuti panjang Maulidur rasul dan Keputeraan Sultan Selangor.

img_8459

Banyak tujuan dan tujahan nak balik kampung kali ini. Nak makan kenduri, bagi peluang Ali bonding dengan cousin-cousin dia jugak sebab ada acara adik beradik jugak hujung minggu tu. Ali tentulah melekat dengan cousin dia Syahid. Lencun satu badan belari sana sini. Seronoknya duduk kampung kaannnn Ali.img_8461Kita pergi kenduri. Kenduri anak-anak jiran yang kawain kan anak-anak mereka. Ni kenduri ex jiran rapat kami. By rapat maksudnya kami bebas keluar masuk rumah, makan kadang lepak dan mak bapak kami tak marah. Ni kenduri rumah Ana anak Pak Ngah Manan. Dulu mereka nilah jiran sebelah rumah kami sebelum mereka pindah. So sekarang ni mereka adik beradik dah buat rumah kat kampung sebagai persiapan pencen. So buat kenduri pun kat kampung. Kami pergi ramai-ramai…hehehe buat macam kenduri rumah sedara sendiri.

img_8482Besoknya Ahad, Mak Uda jempun lunch kat rumah dia. Mak Uda masak Daging Salai masak lemak cili api…perghhhhhhh. Ni inconjunction with birthday Mak Uda Minggu lepas. Kami bawak buah-buah je.

img_8491

Sambil tu bonding lagi dengan anak cucu, especially cucus yang atuk lom jumpa lagi…macam Umar Rafael seketul nih…MasyaAllah comelnya cucu atok, dah pandai ketawa senyum. Nampak je macam masam, tapi kalau diagah mengekek ketawanya. (Asal Jiha pulak yang lebehh?)

Acara seterusnya ialah acara yang ditunggu-tunggu, Tournament Bowling Anak Cucu Haji Yusof. Anak-anak semua excited sebab jarang dapat main bowling ni..Kesian kan anak-anak akak..Kami main di MITC

img_8541Terminat pulak dengan mural kat dinding ni..itulah kita dalam hidup ini…bukan sesiapa..disuruh buat, dilupa duduk diam-diam…huhuhhhh

Meriah tournament ni, Juara keluarga Pak Cik, strike memanjang, kami main 2 game, diorang punya mata cecah sembilan ratus, lepas tu keluarga Mak Uda, Keluarga mak Long, Keluarga Mak Itam, Keluarga Ibu Uteh dan yang last sekali..alias juara longkang…markah tak sampai 400 pun.

img_8520Keluarga Mak Kecit…dipersilakan wakilnya Ali yang baru bersunat..kesian Ali, kami kan tak biasa main bowling. Sampai frust dia bila baling-baling tak kena. Comment Ali..”reality bowling and kinect bowling are different”…hahahah…ateh kami semua berlatih main bowling kat kinect aja….hahha

img_8547Lepas main ada sesi bonding and makan-makan lagi. This time kat rumah Mak Itam pulak. Boleh tengok En Ayah dah tersandar dah kat belakang tuhhh…Ingatkan malam tu jugak kami nak balik, tapi dalam kereta Jasin Tangkak pun dah terlelap-lelap. Hermmmmm rentikanlah, kita tidur la semalam lagi kat kampung. Besok pagi lepas breakfast baru balik rumah.

img_8552

Itu la aktiviti kami….uhhhhhhh letih betulllll……..

Dah dewasa ke?

Ali sudah selamat dikhatankan minggu lepas…Alahai anak lelaki sorang..baru lapan tahun..dah masuk dewasa ke? hahahha..Kami daftarkan ikut program sunathon Hospital Chanselor Tengku Muhriz UKM. Ini ialah program CSR kakitangan hospital untuk anak-anak staff dan anak-anak sekitar serta anak-anak yatim. Terima kasih atas budi yang dicurahkan.Seronok la tengok ada kompang, silat bagai. Tapi Ali tengok orang bersilat bertikam bertetak  dia kata nak muntah… hahahha dewasa la sangat…img_83871

Alhamdulilah semua berjalan lancar, En Ayah kata Ali cuma jerit masa proses bius..dia siap tanya dekat nurse..”tu jarum tu siapa punya..” hehehe..lepas dari tu dia ok je.. lepas proses selesai saya bagi Ali makan pain killer supaya dia tak sakit dan tak banyak ragam. Alhamdulilah dia jadi relax dan bahagian yang luka mudah diurus..tidur ibu ayah pun lena…

img_84171

Besoknya dia dah bangun sendiri dari katil dan dah start main game ..bosan katanya asyik terbaring je..sampai sembahyang pun baring je. Selain dari tu kami ikut semua yang pihak Hospital suruh buat, rendam dalam air garam, basuh dan bubuh ubat…etc..etcimg_84181Semoga Ali cepat sembuh..boleh la kita buat aktiviti lain lepas nih….contohnya balik kampung ke…makan kenduri ke.. hihihi…

Telur Kuning

img_6177

Orang muda makan ais kerim sambut anniversary…teehee…

Semalam (29/11/16) saya mintak en Suami pack kan nasik lemak untuk saya bawa ke office. Saya dah lambat nak mandi bagai. Lepas masak nasik lemak tentunya nak ke pejabat kena mandi. Bila saya sampai ke office saya buka bekal… nasik lemak saya cukup semua cuma yang tak ada hanyalah telur kuning…

Errrmmmm 18 belas tahun sudah kami berumah tangga. Tepatnya semalam, lapan belas tahun yang sudah ayah saya menyerahkan anak bungsunya ke tangan lelaki lain untuk dijaga. Lapan belas tahun yang penuh suka duka..

Pengorbanan en Suami kalau nak dibukukan mungkin sangat menarik, mungkin juga boleh menitiskan air mata mahupun mengundang tawa. Menjadi suami bagi seorang saya , bukanlah satu pengalaman yang mudah. Hidup kami tak pernah seperti orang lain. Selalunya kami memilih untuk berbeza. Sikapnya yang pengemas tapi suka menyimpan barang tentu sahaja opposit dengan saya yang kaki sepah dan kalau boleh nak buang barang.Dia relax sedangkan saya ratu panic…

Jiha kata dia tak mewarisi jiwa komidi ayahnya kerana dia mengikut saya. Banyak sangat memikir. Beliau ingin seperti ayahnya, relax, boleh terima lawak “stupid”..sedangkan lawak seperti itu akan saya bahas habis-habisan..membuatkan Jiha boring..lantas pertanyaan Jiha..” Am I gonna grow up to be as boring as you Ibu..”

“Teeheee”… bak ketawa v bloger kesukaan anak-anak… Ryan Higa..

Dari seorang wartawan, jadi pencuci..kemudian jadi usahawan..lepas tu jadi pencuci semula…kebanyakan orang tak akan faham apa yang kami mahukan dalam hidup. Pada masa rakan-rakan sebaya sudah boleh hidup selesa dan stabil, kami malah masih berdikit-dikit membina hidup. Bukakah hidup selesa tu membuatkan kita jadi monoton…boring..dan tua..hahahhahha..kami muda.

Selepas lapan belas tahun bersama, suami cukup tahu yang saya tak makan telur kuning..

Happy birthday! Happy birthday and happy anniversary Abang..