Balik Kampung..hohoho balik kampung

Alhamdulilah luka Ali dah kering…apa lagi marilah kita balik kampunggggg. Aktiviti sempena cuti panjang Maulidur rasul dan Keputeraan Sultan Selangor.

img_8459

Banyak tujuan dan tujahan nak balik kampung kali ini. Nak makan kenduri, bagi peluang Ali bonding dengan cousin-cousin dia jugak sebab ada acara adik beradik jugak hujung minggu tu. Ali tentulah melekat dengan cousin dia Syahid. Lencun satu badan belari sana sini. Seronoknya duduk kampung kaannnn Ali.img_8461Kita pergi kenduri. Kenduri anak-anak jiran yang kawain kan anak-anak mereka. Ni kenduri ex jiran rapat kami. By rapat maksudnya kami bebas keluar masuk rumah, makan kadang lepak dan mak bapak kami tak marah. Ni kenduri rumah Ana anak Pak Ngah Manan. Dulu mereka nilah jiran sebelah rumah kami sebelum mereka pindah. So sekarang ni mereka adik beradik dah buat rumah kat kampung sebagai persiapan pencen. So buat kenduri pun kat kampung. Kami pergi ramai-ramai…hehehe buat macam kenduri rumah sedara sendiri.

img_8482Besoknya Ahad, Mak Uda jempun lunch kat rumah dia. Mak Uda masak Daging Salai masak lemak cili api…perghhhhhhh. Ni inconjunction with birthday Mak Uda Minggu lepas. Kami bawak buah-buah je.

img_8491

Sambil tu bonding lagi dengan anak cucu, especially cucus yang atuk lom jumpa lagi…macam Umar Rafael seketul nih…MasyaAllah comelnya cucu atok, dah pandai ketawa senyum. Nampak je macam masam, tapi kalau diagah mengekek ketawanya. (Asal Jiha pulak yang lebehh?)

Acara seterusnya ialah acara yang ditunggu-tunggu, Tournament Bowling Anak Cucu Haji Yusof. Anak-anak semua excited sebab jarang dapat main bowling ni..Kesian kan anak-anak akak..Kami main di MITC

img_8541Terminat pulak dengan mural kat dinding ni..itulah kita dalam hidup ini…bukan sesiapa..disuruh buat, dilupa duduk diam-diam…huhuhhhh

Meriah tournament ni, Juara keluarga Pak Cik, strike memanjang, kami main 2 game, diorang punya mata cecah sembilan ratus, lepas tu keluarga Mak Uda, Keluarga mak Long, Keluarga Mak Itam, Keluarga Ibu Uteh dan yang last sekali..alias juara longkang…markah tak sampai 400 pun.

img_8520Keluarga Mak Kecit…dipersilakan wakilnya Ali yang baru bersunat..kesian Ali, kami kan tak biasa main bowling. Sampai frust dia bila baling-baling tak kena. Comment Ali..”reality bowling and kinect bowling are different”…hahahah…ateh kami semua berlatih main bowling kat kinect aja….hahha

img_8547Lepas main ada sesi bonding and makan-makan lagi. This time kat rumah Mak Itam pulak. Boleh tengok En Ayah dah tersandar dah kat belakang tuhhh…Ingatkan malam tu jugak kami nak balik, tapi dalam kereta Jasin Tangkak pun dah terlelap-lelap. Hermmmmm rentikanlah, kita tidur la semalam lagi kat kampung. Besok pagi lepas breakfast baru balik rumah.

img_8552

Itu la aktiviti kami….uhhhhhhh letih betulllll……..

Leave a comment