MRSM..

Assalamualaikum..lama betul tak update…tak ada mood la….

Semalam heboh jugalah group wasap sana sini belentang lenting dgn ucapan kata-kata tahniah bagi anak-anak yang dapat masuk MRSM. Sebagai alumni MRSM tentulah group saya pun rami yang anak-anak yang masuk MRSM. Tahniah acik ucapkan..

Setakat hari ni cuma Jiha sahaja yang bercita-cita nak masuk sekolah berasrama..kakak tak minat..Ali lom terfikir kot. Tapi Jiha berdasarkan pengalaman dia masuk kem cuti sekolah Permata Pintar tahun lepas…errrrrmmmmm tak tau lah. Setiap malam menangis nak mintak balik..padahal dalam UKM je pun…ofis ibu pun cuma beberapa minit je dari situ. Setiap hari call kata rindu kat ibu…Jiha tak boleh kalau tak ada Ibu…Jiha tak boleh tidur…2 kali kami datang pujuk suruh dia bertahan..ala cuma 2 minggu je pun. Ingatkan kat dia yang budak-budak dari seluruh Malaysia berebut-rebut nak masuk kem tersebut..yang dia merayu-rayu nak balik. Akhirnya hanya seminggu je dia tahan.. Bila saya tanya kat fasilitator ada tak pelajar lain yang tarik diri..mereka kata Jiha la kes pertama…hahahah…so kalau Jiha nak masuk sekolah berasrama..Permata Pintar dah tentu kena reject…

Minggu ni juga keluar reminder dari group wassp kami pasal minggu inilah anniversary dah 33 tahun kami mendaftar sebagai pelajar MRSM. Muar to be exect. Acik dulu masa sekolah tak fames.. belajar tak pandai, sukan tak terror, penampilan lagi la kureng…so jadilah acik  murid-murid yang kalau pergi balik MRSM, cikgu tak ada sorang pun kenal. Compare to kawan-kawan acik yang cikgu kenal sebab rajin, pandai, wakil sekolah debat, expo, sukan, kaki fly, menjala ikan pakai kelambu, buat sate arnab belaan makmal sains etc etc…hahaha.

Tapi acik dapat rasakan MRSM ni memang ada sesuatu. Tak pastilah sesuatu apa tapi sesuatu jugalah. Pada acik MRSM in install jiwa yang kental pada acik..berapa kali acik gagal pun acik tak pernah serik. Bukan nak kata yang acik ni baguih sangat, semua pun rezeki yang Allah bagi, tapi berada dalam kelompok budak-budak pandai kita pun terperasan macam pandai.

Sekarang bila dah tua, acik lihat semula..mana dia budak-budak pandai dalam batch acik..mana dia budak-budak hot dalam batch acik..mana dia athelet dalam batch acik. Kehidupan kami lebih kurang aja..semua pun ada kelebihan dan kekurangan. Yang pandai pun ramai jadi guru..yang tak top pun ramai jadi guru. Yang hot pun ramai je yang kawin cerai, yang muka asam keping pun ramai je kawin beranak pinak. Yang dulu athelet pun sekarang ni tak ada lah selim melim…

Sebenarnya acik nak tekankan..proses pembelajarn yang mengajar kita jadi dewasa itu yang penting…result berderet A pun belum tentu berjaya raya. Yang dapat result biasa-biasa pun belum tentu hidupnya hancur. Tapi nilai-nilai tak mudah mengaku kalah, persaudaraan setia kawan, kepimpinan, berfikiran kreative, dan berjiwa patriotik yang acik rasa acik dapat masa acik di MRSM sejak 33 tahun dulu memang sangat membantu acik sehingga kini. Disitulah nilainya sebuah pendidikan.

Jadi bagi mak bapak yang tengah tertanya-tanya nak hantar anak mereka ke MRSM, academic wise mungkin tak jauh bezanya sekiranya anak-anak kita memang sudah semulajadi pandai, tapi yang extra-extra tulah yang mahalnya yang tak akan sama dari satu sekolah ke satu sekolah.

Ada kawan acik update gambo ni dalam FB…

gambar-hospital-muarGambar ni adalah bukti sesi pembelajaran kreative kami. Sorang sakit kami ramai-ramai pergi hospital Muar, sorang je yang tak sihat yang lain-lain gastrik..sampai dapat air kapur tuhhh. Kreative la kan asalkan dapat keluar maktab dan skip prep petang… hahaha… hasilnya…Pegawai Tinggi kastam, Rakan baik yang telah pergi dulu mengadap ilahi, guru, surirumah bekas wartawan, pustakawan cabuk dan akauntan senior. Kannnn..rezeki hidup dan mati kita tetap lah milik Allah…SBP, MRSM, Mahaad Tahfiz, Ulul Albab, IGCSE..hanyalah penambah perisa dalam hidup kita…..

Advertisements

Throwback..Aberdeen-Amsterdam-Kuala Lumpur

Bila la agaknya boleh repeat…Kena coretkan pengalaman ini disini tentang perjalanan balik kami tahun lepas..nanti takut lupa..al maklumlah dah tua.

Pagi tu kami berkemas buat kali terakhir, sarapan, serahkan barang-barang pada adik-adik yang datang menziarah dan membatu mengamas rumah buat kali terakhir. Ada beberapa penama saya tak bagi hantar ke Airport sebab takut airport banjir..hehehe. Nan isteri atuk John nangis masa bersalam dengan kami, Shaunan pun merah mata juga. Kami tak sempat pamitan dengan Paul dan Marie, sebaliknya hanya tinggalkan kad terima kasih dan sekotak coklat untuk mereka.. sesungguhnya mereka jiran-jiran yang baik.img_4262Kalau lihat ke bawah masa dah nak sampai ke amsterdam, kita boleh nampak wind farm dalam laut…

Pagi tu ramai juga teman-teman yang menghantar ke airport. Semua adik-adik yang baik, budi mereka kami tak mampu nak balas. Flight Aberdeen Amsterdam pukul 11 pagi dan sampai di Amsterdam pukul 1 tengah hari waktu Amsterdam, flight kami ke Kuala Lumpur ialah pada jam 10 malam.

Pemeriksaan keselamatan agak lama, kerana saya lupa untuk mengeluarkan sebuah laptop rosak dari hand luggage sehingga semua hand luggage kami diperiksa dengan teliti. Mereka menjumpai serbuk mencurigakan dalam luggage kami dan meminta saya membuka beg. Bila beg dibuka, empat buah alQuran terkeluar dulu sebab duduk di paling atas. Serius muka mereka bila nampak alQuran. Mereka membuat pemeriksaan dadah pada serbuk yang dicari itu, seperti yang kita tengok di TV. Biru bukan cocaine pink baru cocaine errrmmm …papper and salt je seperti yang tertera di bekasnya…

Kali ini saya duduk di seat terpisah dengan anak-anak, sebelah couple Belanda yang melekap dalam selimut, saya pakai headphone.Perjalanan yang sangat rough, bergoyang sepanjang penerbangan, sehingga tiada air panas dihidangkan. Saya berdoa setiap saat, Ya Allah selamatkan lah perjalanan balik ini…goncangan sangat terasa semasa melewati ruang udara negara Balkan..Sepicing pun saya tak boleh lena. sehingga keadaan sedikit reda saya terlelap. Bila tersedar..sudah waktunya solat subuh..masa tu isyarat talipinggang keledar sudah dimatikan. Bayangkan lebih kurang 7 jam isyarat tersebut menyala.

img_4266KLM sedia bawa ku pulang…

Alhamdulilah pesawat KLM ini selamat mendarat di KLIA jam 3 petang waktu Malaysia..dalam pada kami berkemas nak turun, Ali telah dengan tak semena-mena termuntah dan terkena penumpang lain di barisan hadapan kami. Berkali saya menundukkan kepala memohon maaf kepada dua anak muda warga Belanda yang sedang dalam perjalanan ke Jakarta. “Its OK mam, its happen everyday..” kata pramugari ..Kami semua usik Ali..”You are banned from KLM for life..sebab muntah kat passenger lain..” Merah padam Ali marah.

img_4285Touch down KL 1 March 2016..hampir setahun dah..

Kami disambut oleh Mak Itam dengan sebuah Avanza kosong dan Angah dengan Dmax kosong untuk mengangkut segala mak neka beg kami. Peratikan rombongan Ali yang termasuk juga sebilah light saber dan teddy bear pemberian teman-teman sekolahnya.

Bukan apa, hari ini ada rakan saya yang berangkat ke Jepun untuk bertugas di Toyota Jepun dengan membawa family nya sekali. Tetiba je rasa nak duduk oversea balik…