Itan dan Kecik…

Dua ekor anak Bangle memang pengerang jantung kami sekeluarga ..walau kadang kala saya nampak macam jantung pisang jek dua ekor ni..sedap buat ulam..geram je bila depa dua buat perangai berak merata, muntah merata or main tissue rumah sampai habis segulung.. makan homework Ali..tapi semua kat rumah ni tetap je sayang dema dua nih….alalalalalahai…

img_9431

Namanya ada dua version..kalau version Scottish Charlee  dan Junior..kalau versi melayunya Hitan dan Kecik..hehehehe…

img_9264

Junior @Itan

img_9205Charlee @ Kecik

Mereka dah 4 bulan, so mak dia Bangle decide that kena cerai susu dah dua eko ni. Dari bulan lepas lagi mak dia dah marah-marah kalau dua eko ni nak hisap susu, tapi bagi juga. Kalau tengok pun ngeri ni dua eko punya hisap.So..dengan berat hati Bangle pun kena buat sesuatu untuk wean off kan ni dua ekor. Tapi saya yang tengok prosess ni rasa sangat tersentuh. On both side. Bangle and the girls.

Bangle cuba larikan diri tidur di balik-balik kain, kalau tak bila dia nak baring je ni dua ekor datang nak susu. Kesian betul..sebab saya tahu Bangle sayang sangat kat anak-anak dia ni sebab ni first born dia, tapi dia tahu yang dia kena buat semua nih. Untuk kebaikan the girls jugak.

img_9359Macam ni punya tido Bangle tu…mana tak kena serang dengan anak-anak dia..hihihi tu yang kena menyorok sekarang nih…

Yang si Charlee dan Junior pulak tak paham kenapa mak dia marah. Sebab dalam dunia ni diaorang cuma ada mak dia aja. So walaupun kena marah dema tetap juga mengekor mak Bangle kemana sahaja dia pergi. Sedih tau..kadang lepas kena marah dua eko tu datang kat kami mintak peluk…

Bangle mak yang sangat baik..dia tak makan ikan rebus setiap pagi yang kami bagi selagi anak-anak dia ni tak makan. Dia masih peratikan anak-anak dia ni main-main kat luar. Kalau ada kucing jantan yang phediophilia nak datang kacau memang kena sembur la dengan Bangle.

Selalu saya terdetik dalam hati…pandainya Bangle jadi mak-mak..tak ada sapa pun yang ajar..Maha suci Allah, dialah yang dah install rasa kasih sayang  bagi semua  mak-mak …tak kira binatang or manusia. Tula bila dengar kes bunuh anak, buang anak..saya percaya mak tu bukan suka-suka nak buang anak dia..tentu bersebab..malu, tak tau apa nak buat, tak nampak jalan keluar..tertekan sampai meroyan.

Dan bagi yang masih ada mak pulak jangan ingat mak-mak tak sayang kita atau pun kurang sayang kat kita hanya kerana tak buatkan kita maggi goreng!!!!!..kadang mak-mak terpaksa buat apa yang mak-mak terpaksa buat..walaupun dalam jiwa mereka hancur bergelodak bergelora.. mungkin kita tak paham masa sekarang..tapi satu hari nanti kita semua insyaAllah akan jadi mak..masa tu baru kita akan paham…ohhhhh rindunya kat Mak..

img_9588Lebih kurang macam ni lah muka lepas kena marah. Itan dengan muka innocentnya…