Bukan setakat jual Setem

Akak kalut la nihh..update sikit-sikit je naaa…

Minggu lepas akak nak pos surat old fesion, ye la pakai snail mail la..lalu (ceh lalu)..akak pun pergilah ke pajabat pos. Pejabat pos kat ofis akak ni aman dan tenteram je. Tekan nombor tak sempat duduk dah kena panggil. Cuba la pergi pejabat pos kat Alamanda. tunggu setengah jam pun masih boleh melepak kat depan bowling tu jugak. Gituuu..

Sebenarnya akak nak cerita pasal setem. Se tem kalau si Jiha  baca. Akak beli setem cantik kat kaunter sampai akak sayang nak guna untuk pos. Tapi apa kan daya kena guna jugaklah kan dah nak kena pos surat. Surat penting pulak tu. Surat yang dah kena sumpah. (hehehe..surat akuan bersumpah uoollsss). Bila akak tengok setem ni akak teringat peristiwa tiga tahun dulu. Masa akak beli setem di Aberdeen, kampung akak nan jauh di mata tu. Lepas beli haruslah kita jilat nak tampalkan. Jenuh akak jilat tak lekat-lekat jugak setem tuh sampailah petugas kaunter tu tegur akak..”it’s a sticker..just peel and stick”…adushhhhhhh… buruk bebenor perangai orang melayu sorang nih….

Bebalik kesah akak dan pejabat pos ofis akak tu, terpandang la pulak akak ada pengumuman..”kelengkapan jenazah ada dijual disini”…ohhhhh ada uollss. Bukan setakat jual setem je. Akak tanya kat adik kaunter tu berapa ringgit dik..unisex free size “semua rm200 kak”..Akak insaf sekejap, semua orang pun akan mati..unisex…free size…

Elephants_Malaya_$1_1906_issue (1)

Bukan sekadar jual setem…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s