Spring..

Masa duduk obersi saya memang tak banyak posing, satu rasa macam..apppaaaa..tak payah la posing, lagi pun tak ada member dalam family kami ni yang suka posing semua camera shy..akibatnya bila nak buat scrap book sikit punya la susah…

Ni saya cuba tampilkan gambar-gambar sekitar spring yang saya ada…macamana nak describe spring yea..bagi yang tak pernah ke negara 4 musim, spring adalah masa pokok tumbuh semula, pokok yang tidur dalam tanah akan keluar dan mostly berbunga… kadang-kadang out of nowhere..ehhhh ada bunga..kalau di tempat lain musim bunga or spring ditandai oleh bunga tulip…dekat Aberdeen bunga spring yang paling banyak ialah daffodil.. bunga ini hanya ada masa spring sahaja yea kawan-kawan…

spring in garthdeeini ialah suasana depan kampus saya masa Spring, masa lain ia hanyalah padang berumput yang menghijau. Bila spring, MasyaAllah keluar je pokok ni, dalam tak sampai dua minggu terus berbunga…dan bunganya tahan dalam dua minggu jugak sebelum layu dan gugur. Pokok dia pun layu dan kena tunggu musim spring tahun depan la nak tengok daffodil semula…spring in garthdee 3Banyak verities daffodil ni warna pun banyak. Tapi kat sini tak ada lah orang nak potong bunga yang public macam ni letak dalam pasu kecuali yang di tanam dilaman sendiri. Kalau nak diaorang akan beli… daffodil ini ialah bunga yang paling murah dijual.spring in garthdee 1Serius cantik kawasan ni masa spring, saya tiap hari-hari lalu tepi tak pernah pun teringin nak selfi kat sini…ermmmm bila dah balik ni rasa menyesal la pulak..DSCN3865Snow drop… ni pun bunga yang hanya ada masa spring sahaja..putih macam titisan salju bunganya. selalu jumpa kat tempat teduh, contohnya bawah pokok, dalam hutan. Yang ni saya ambil di taman di Dumfrise….ceritanya boleh disemak di sini..DSCN3587Yang ni ofcos la semua orang kenal…bukan the model, tapi pokok sakura or cherry blossom, tengok tu kalau posing cantik-cantik kan boleh print and framekan..abaikan lah modelnya yea kawan-kawan..nikmatilah bunga sakura ni yang saya rakamkan di Sterling ceritanya disini DSCN1351Yang ni cherry blossom depan rumah saya, bayangkan setiap tahun selama empat tahun dia berbunga macam ni, cuma sekali je saya ambik gambar bunga ni. Padahal kereta kami memang parking kat bawah pokok ini setiap hari..itulah kata orang “yang ada tidak dihargai bila dah hilang baru tercari cari”..orang kata lah bukan saya…DSCN1349Selepas beberapa waktu dia akan gugur..macam lagu sekuntum sakura di gurun saharah.. tak ingat-ingat kot lagu Melayu..sakura di saharah tuhhh… cerita yang membabitkan pokok ni boleh dibaca disini2014-04-13 16.28.32Haaaa yang juga bunga Spring, kalau tanam musim lain tak pasti lah jadi ke idok…tapi memang banyak masa spring la, Orang British ni memang suka berkebun, so nak habis winter sibuk lah atuk-atuk tua dan makcik pakcik green finger pergi nusery beli bunga pansy ni..banyak je jual dan murah-murah..ni saya rakamkan di St Andrew Scotland, dan  seperti biasa ceritanya boleh dibaca di sinitulip1Dan yang last ni ialah tulip yang tumbuh di laman saya sendiri. tak alih-alih je bila spring pokok ni tumbuh..padahal kalau summer ke atumn yang ada hanyalah weeds aja kat laman nih…

Ermmmm marilah kita renungkan bagaimana makhluk Allah selain manusia mentaati printahNya, hatta pokok bunga pun…bila spring je bunga spring tumbuh..bila summer je bunga summer pulak, bila atumn pulak automatik daun gugur…kita yang manusia ni je yang suka melawan perintah Allah..Astafirullah hal azim…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s