Ayah…

Ini ialah entri yang tertunggak …setahun tertunggakk..

Ramadan tahun ini datang seakan mengimbas kembali kenangan tahun lepas…

Semalam birthday Jiha, kami sambut sederhana, tahun lepas birthday Jiha jatuh pada hari pertama ramadan. Ingat lagi excitednya nak balik sambut ramadan dengan Ayah..sudah 4 tahun kami sekeluarga tidak berpuasa di Malaysia. Tambah lagi dengan jatuhnya birthday Jiha..Ayah biasanya memang gembira bila ada anak cucu dirumah. Walaupun Ayah kata “apa nama kek ni..mana kek nya” sebab kami beli cheese cake. Mungkin pada Ayah tak ada keknya cuma krim aja..hihi.

Ayah memang bersemangat nak puasa, walau pun kami ada mencadangkan agar Ayah tak payah berpuasa kerana faktor usia dan kesihatannya, namun ayah tetap dengan rutin dan kegiatannya. Kerana ayah tak mampu bersolat tarawih di Masjid, dia akan sangat gembira sekiranya anak cucu balik dia akan berpeluang bersolah tarawih berjemaah di ruang tamu rumah beramai-ramai.

Ada beberapa kali juga kami dapat berpuasa dan berbuka dengan Ayah. Lebih kurang 3 minggu berpuasa, kami balik berbuka di kampung. Ayah nampak resah dan kurang sihat. Puncanya ialah ayah tak selesa membuang air dan menyebabkan dirinya agak lemah. Petang itu Ayah beberapa kali meminta nebulizer. Kami memberikannya Ayah nebulizer beberapa dos, sehingga petang Ayah minta dibawa ke hospital kerana katanya nebulizer tidak berkesan. Saya ingat sangat masa itu, Ayah agak takut untuk ke hospital, dia mahu kakak saya yang yang sebelah menemani dia kerana dia sudah terbiasa bersama kakak. Namun saya pegang tangan Ayah, saya senyum, saya kata dalam hati, “saya ada hari ini, biar saya hantar Ayah ke hospital”.

Tiba di hospital Ayah dilayan dengan baik oleh kakitangan hospital, maklumlah pelanggan setia. Selesai semua urusan Ayah di masukkan ke wad. Hari Selasa Keadaan Ayah agak teruk. Kakak memanggail kami semua pulang. Setelah perbincangan dengan doktor yang merawat Ayah, kami sepakat untuk membawa Ayah pulang. Biar ayah selesa di rumah, boleh ke toilet dengan selesa dan boleh solat dengan selesa tanpa seliratan wayar. Adik beradik semua berkumpul, kami seakan tahu, tapi hati ini tetap berdoa..”Ya Allah pinjamkanlah Ayah lama lagi..belum puas rasanya kami sekeluarga bermanja”

Hari Rabu, keadaan Ayah agak baik, walaupun keadaan ayah kelihatan sakit tapi ayah tetap alert, berzikir dan bersolat. Cuma kadang-kadang Ayah akan tanya, sekarang waktu apa, malamnya Ayah gigih bersolat terawih berjemaah walaupun cuma terbaring atas katil diruang tamu. Penuh ruang tamu kami dengan anak cucu bersama-sama berjemaah dengan Ayah.

Khamis…Ayah minta dimandikan, dia mahu bersih-bersih katanya. Memang kelihatan ayah menahan sakit. Ubat memang semua sudah dos maksima. Malamnya saya menemankan Ayah terawih, kerana Ayah mahu terawih sambil duduk atas katil, saya takut Ayah tak boleh imbangkan badan dan terjatuh. Malam itu juga saya mendengar Ayah bercakap-cakap..”Saya matilah hari ini..Saya sudah selesai di dunia ini..”.

Saya pula, ┬ásudah berjanji dengan bengkel kereta untuk mengambil kereta kami pada pagi Jumaat, itu pun sebenarnya kami sudah bertangguh bebeberapa hari. Ceritanya boleh dibaca disini. Walau berat hati, saya membuat keputusan untuk balik ke Putrajaya dan besoknya pagi2 ambil kereta dan terus balik ke kampung. Saya salam dan cium Ayah saya kata saya nak balik, esok saya akan balik segera. Ayah sedar dan kata..”tak apa..” Saya tinggalkan anak-anak di kampung.

Malam di rumah saya gelisah, menjelang sahur saya dapat pesanan Ayah semakin lemah. Saya bertawakal, saya dalam hati saya berdoa, Allah permudahkan segalanya untuk Ayah, dan berilah yang terbaik bagi saya. Lepas subuh kami sudah tercegat di depan bengkel dengan harapan tuan bengkel datang awal. Pukul 7.00 pagi saya menerima panggilan dari kakak, saya  tak mahu mengangkat telephone..saya seakan tahu apa berita yang hendak disampaikan. Ayah menghembuskan nafas terakhirnya hari Jumaat selepas subuh.

Kami berkejar dari bengkel di Pucung, tinggalkan kereta di rumah saudara di Putra Height, dan terus balik ke kampung dengan kereta satu lagi. Dalam perjalanan Abang saya sibuk bertanyakan lokasi kami, rasanya setiap setengah jam dia akan call. Saya sampai di rumah hampir jam 10. Saya masuk dan melihat Ayah sedang disembahyangkan, saya menangis sambil di peluk kakak dan abang saya, saya mahu merayu ikatan dibuka, biarlah saya dapat menatap Ayah buat kali terakhir. Tapi saya juga faham, jenazah tidak menunggu sesiapa, jenazah perlu disegerakan.

Saya ke kubur, di kubur ramai juga saudara mara menanti disana, mereka juga tidak berpeluang untuk bersama jenazah di rumah. Sungguh Allah mendengar rintihan saya, sebelum Ayah disemadikan lilitan mukanya dibuka dan saya dipanggil untuk melihat wajah Ayah buat kali terakhir. Allah..Allah..Allah saya masih boleh ingat wajah Ayah sehingga sekarang, wajah Ayah sangat bersih, cerah dan mulus macam bayi, sangat berbeza dengan wajah Ayah sewaktu sakit. Hati saya sangat puas… Alhamdulilah.. memori terakhir saya tentang Ayah ialah wajah bersihnya menghadap ilahi…

Berakhirlah kasih seorang Ayah pada anaknya, yang tinggal hanyalah kasih seorang Anak kepada Ayahnya. Sesungguhnya bila mati anak adam yang menghubungkan nya dengan dunia ialah amalan sadakahnya, ilmu yang bermanfaat serta doa anak-anaknya. Dengan ingatan kasih kasih sayang inilah anak-anak tak akan berhenti mendoakan kedua orang tuanya yang telah tiada.

Ayah pergi di pagi Jumaat, 27 Ramadhan 1438 bersamaan 1 Julai 2016. Yang tinggal hanya kenangan kasih sayang, ilmu berguna serta cerita-cerita sepanjang kehidupan Ayah yang tidak mungkin saya lupakan. Kadang saya tertawa teringat cerita Ayah kadang saya menangis rindukan Ayah. Ya Allah..temukan lah kami disyurga, izinkanlah kami masuk ke syurga Mu tanpa dihisab, ya Allah, semoga roh ibu dan ayah akan menunggu saya bila bila sampai waktunya saya memasuki alam itu nanti , sehingga tarikh itu hanya doa dan amalanlah penghubung kita…

IMG_4442

Ayah dan mee goring basah kesukaanya…

Advertisements